BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, August 3, 2009

VISI , MISI , DAN OBJEKTIF DEKOLAH...


VISI

SK (FELDA) ULU TEBRAU MENJADI CEMERLANG DALAM SEMUA BIDANG DALAM TAHUN 2010

MISI

MELAHIRKAN MURID CEMERLANG DI DALAM BIDANG AKADEMIK
MELAHIRKAN MURID YANG AKTIF DALAM KOKURIKULUM SERTA PENGLIBATAN SECARA MENYELURUH
MENGURUS DAN MENYAMPAIKAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERKUALITI MENJURUS KE ARAH KECEMERLANGAN
MELAHIRKAN MURID YANG BERAKHLAK MULIA
MENINGKATKAN KEPAKARAN GURU DALAM BIDANG PENDIDIKAN SEIRING DENGAN CABARAN WAWASAN NEGARA
MENGURUS DAN MENTABDIR SEKOLAH BERTERASKAN SEKOLAH CEMERLANG
MEMBINA IKLIM PERHUBUNGAN INSAN YANG MESRA PENGASIH DAN PENYAYANG
MEMPASTIKAN SUASANA PERSEKITARAN SEKOLAH YANG CERIA, BERSIH DAN SELAMAT.

OBJEKTIF TAHUN 2009

Meningkatkan peratus murid yang menguasai 3M kepada 100%
Meningkatakan peratus mencapai dalam UPSR dari 64.55% kepada sekurang-kurangnya 80%
Meningkatkan bilangan murid yang mendapat 5A dalam UPSR kepada sekurang-kurangnya 15%
Meningkatkan prestasi kurikulum dan kokurikulum dengan mendapat sekurang-kurangnya 5 acara tempat pertama bagi pertandingan yang disertai sekurang-kurangnya diperingkat Zon
Melahirkan pelajar yang seimbang dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan sahsiah.

SEJARAH SEKOLAH





SK Felda Ulu Tebrau dibuka pada 16.07.1968. Pada awal sekolah ini dibuka, seramai 78 orang murid dengan kemudahan sederet bangunan yang mengandungi 6 buah bilik darjah, sebuah bilik rehat guru dan sebuah bilik guru besar.
Pada tahun 1974, sebuah blok bangunan setingkat dibina mengandungi 6 buah bilik darjah. Kadar kelahiran yang meningkat menyebabkan jumlah murid bertambah hingga mencecah 1,000 orang murid pada tahun 1983 dan 1984. Kesan dari pertambahan murid-murid tersebut sebuah bangunan yang baru dibina mengandungi 6 buah bilik darjah pada tahun 1994.
Pada tahun 1969, sekolah ini mula melahirkan murid-muridnya untuk melanjutkan pelajarannya ke sekolah menengah. Malangnya semua sekolah menengah yang berhampiran ketika terletak kira-kira 30 km dari Felda Ulu Tebrau. Antara sekolah menengah yang berhampiran adalah SMK Masai, SMK Sultan Ismail (SSI), SMK Dato' Jaafar (SDJ) dan SMK Tasek Utara, Johor Bahru.
Oleh sebab ekonomi yang tidak kukuh, jarak yang jauh serta sistem perhubungan yang mundur ramai anak peneroka tidak dapat meneruskan atau menyambung pelajaran mereka ke peringkat menengah.
Sejak sekolah ini dibuka pada tahun 1968, dewan sekolah terdiri daripada 3 buah kelas. Kelas tersebut hanya boleh dibuka penyekatnya dan dijadikan tempat sembahyang Jumaat oleh kira-kira 400 orang jemaah sehingga bangunan masjid yang sedia ada siap dibina pada tahun 1971.
Pada awal tahun 80-an, bangunan sekolah ini telah digunakan oleh pelajar-pelajar SMK Ulu Tiram yang terdiri daripada pelajar tingkatan 1 dan 2 pada sesi petang kerana SMK Ulu Tiram tidak dapat menampung pelajar-pelajarnya.
Kini sejak tahun 1995, jumlah murid telah mula berkurangan. Pada tahun 2002 SK Felda Ulu tebrau mempunyai bilangan murid seramai 802 orang yang terdiri daripada cucu-cucu peneroka dan orang-orang luar yang tinggal menyewa di Felda Ulu Tebrau. Pada tahun 2009 bilangan murid adalah dalam anggaran 750 orang sahaja dengan jumlah tenaga pengajar seramai lebih kurang 50 orang.